Selasa, 2 Mei 2017

Bandung 2017 - 1st dayTrip tanpa Supir


Hai korangs...Akak baru jer balik dari Bandung. Trip kali ni sedikit penat tapi puas hati...sebab dapat shopping lebih sket...Semua barang yang dikehendaki dapat.

Flight 8 Apr 2017, naik Malindo...sedikit kuciwa...delay satu jam lebih...rugi masa...patut dah leh shopping tu...huwaaaa...sampai airport Bandara jam 11:30 pagi. Ni first time akak datang dengan Zaza tanpa guna perkhidmatan supir. Keyword : Malu bertanya sesat jalan...so rajin2 bertanya...orang-orang Bandung semua baik2...cuma uols kenalah pandai justify tips diorang boleh pakai atau tidak. 

Sampai airport, as usual cari 'kamar kecil' (toilet), jarak dari airport ke Pasar Baru sebenarnya tak jauh...lebih kurang 20-30 minit je naik kereta tetapi disebabkan kami datang pada hari minggu, jalan sedikit 'macet' (jammed). So, utk langkah keselamatan, buanglah apa2 yang patut dulu di 'kamar kecil'...hehhee. Sementara menunggu Zaza, aku pun bertanyalah akak cleaner di mana boleh dapat taxi.

Di airport, boleh guna perkhidmatan Taxi Bandara (kaler biru), ke Pasar Baru dia charge RP60,000 @ RM20.40 actually klu guna meter pun paling2 caj dalam Rp50,000 klu jammed, klu x jammed Rp25,000 jer (ni bayaran minima ya...walaupun meter tunjuk Rp10,000 tetap kena bayar Rp25,000). Kalau taxi menunggu, tambah lagi caj Rp40,000. Macam hari tu, kami tak terus ke hotel tapi singgah ke rumah kain sulam, kami bayar Rp100,000 kepada taxi driver. 2 jam jugalah dia tggu kami...hehehe...tapi dia x kisah sbb hasil yang kami beli kat rumah kain sulam, dia pun dapat habuannya...so...korang don't worry sangat..,

Selepas selesai beli 8 psg kain sulam and telekung ala2 SK, kami terus ke hotel. Check in di Pasar Baru Square Hotel at 2pm. Solat jamak, makan tengahari kat food court kat building Pasar Baru Square Hotel, kul 4pm baru ke Pasar baru yang berada betul2 di hadapan hotel. Seberang jalan, terus Pasar baru. Kami survey je sebab kebanyakkan kedai tutup at 5pm and yang paling lewat jam 5:30 pm. Kami cuma snap nama kedai yang kami nak tuju esok pagi.

Sim card pun x beli tapi no worries, kat hotel ada Wifi and kedai yang di pasar baru pun offer wifi password klu kita nak ambil order kawan2 yang nak beli. Tapi mcm biasa, kena tanya ya...jgn sombong...rugi.

Tepat jam 5:15pm kami balik semula ke hotel. Minta hotel panggilkan taxi, kami ronda Jalan Riau untuk ke FO outlets. Mula2 The Secret.Tambang taxi ke sini dari Pasar Baru cuma Rp25,000 @ RM8.90 x sampai RM10 . Di Secret, kami beli shawl Kashka...murah giler, baju T utk suamiku. Selesai shopping di The
Secret, singgah The Crown yg dulu dikenali sebagai Oasis. The Crown aku ngan Zaza sudah tangkap Handbag Cath Kidston (1st grade imitate), serius murah dari Ho Chi Minh, pastu singgah Heritage (kena jalan jauh sket). Di heritage aku shopping baju untuk 2 org cucu sedara yang birthday bulan April. Ada sales...murahlah. Selesai shopping, kitaorang makan Batagor, lumpia di food court sebelah Heritage. Sedap dan mengenyangkan jugak. Lepas tu tahan taxi bluebird balik hotel. Cari taxi bermeter tau...klu x pakai meter, x yah ambil. Walaupun dah tahan taxi, tanya bermeter atau tidak. sbb taxi bermeter lebih murah.

So, selesai hari pertama di Bandung. 

Ni belanja taxi hari pertama :

1. Airport ke hotel - Rp100,000 @ RM34 (sebb menyinggah ke Rumah sulam), klu direct ke hotel Rp60,000 @ RM19 perteksi.





2. Pasar baru ke Jalan Riau - Rp25,000 @ RM8.50
3. Jalan Riau - Pasar Baru Square Hotel - Rp40,000 @ RM13.60 (sebab time balik jalan jammed sbb ada sessi foto2 maklumlah malam minggu)
Total Rp165,000 @ RM56.10 (bahagi dua ngan Zaza lebih kurang RM28 sorang). Not bad.
Kalau amik supir satu hari Rp400,000 @ RM136. Tak ke jimat tu...
Kalau pergi weekdays lagi jimat sebab kurang macet.

Ok. Sambung kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awak Tanya Saya Jawab...cewahhhh!!!