Ahad, 21 Jun 2009

Alfatihah - Allahyarham Ayahanda Sudin bin Aziz (1932 - 2009)


Salam semua,

15 Jun 2009 akan menjadi satu lipatan sejarah dalam hidup aku yang akan ku kenang untuk selamanya...hari selamatnya ayahandaku yang tersayang mengadap Allah yang maha esa....

Detik sedih bermula pada 9hb Jun 2009, iaitu tarikh dia dimasukkan ke Hospital Teluk Intan disebabkan perut yang membengkak. Hasil kajian pada tarikh tersebut adalah disebabkan saluran pemakanan tersumbat. Sebaik sahaja mendapat makluman daripada abang kembarku...hatiku mula merasa tidak tenteram. Sebagai memujuk hati ini, aku terus membeli tiket bas untuk balik pada malam itu juga. Suamiku tinggalkan dengan harapan dengan pemulanganku...InsyaAllah akan membantu menyembuhkan arwah...kononnye kata adik, abang n kakak...namaku top of the list...ye ke?

Hasil kajian doktor selanjutnya, besar kemungkinan terdapat barah dalam usus...Ya Allah..tersentak aku dan ahli keluarga yang lain...peluang agak nipis untuk pembedahan kerana sel barah telah merebak ke paru-paru...dan organ-organ yang lain...pada 14 Jun 2009 petang setelah abang n kakak beransur balik disebabkan ayah menunjukkan kesan yang positif...doktor telah setkan appointment untuk ct scan bg memastikan samada barah atau tumor pada 24 Jun 2009. Tepat 6.30 petang dia tidak sedarkan diri...bantuan pernafasan diberi...kemudian bantuan pernafasan menggunakan mesin terpaksa diberikan...

Tanggal 15 Jun 2009 jam 11 pagi, abang dan kakakku memberi perkhabaran yang amat menyedihkan bila doktor memaklumkan bahawa peluang ayah utk terus hidup amat tipis disebabkan sel barah telah merebak serta faktor umur....Kami adik-beradik bersepakat untuk bawa balik ke Tapah dan bantuan pernafasan dihentikan di rumah...

Dengan kehadiran semua adik-beradik dan mak, Ayahku selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1.50pm 15 Jun 2009. Doa kami semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....Alfatihah....