Isnin, 2 Jun 2014

Trip to Ho Chi Minh - Shopping Time (Part 2)

Aloha....

Bicara tentang shopping ni memang takkan habis....kita sambung lagi bahagian shopping ni lagi yer...Sebenarnya shopping yang memang best ni bersambung di Pasar Malam Ben Thanh...kat sini mmg happening. Time ni ler kita boleh mengasah skill tawar-menawar...Betul kata blog2 yang aku baca...tawarlah sekurang2nya 60% dari harga yang diletakkan...sebabnya diorang ni pun guna strategi jugak...dia dah tau kita akan tawar separuh dari harga...so, korang kena tawar lebih lagi dari 50% kan? Itu teori aku...


Sket jer tuh!!!
Hanya tawar barangan yang korang nak saja ya...klu tak nak...jangan gatal2 nak tawar...nanti kena sumpah seranah jer...Lagipun, kena adil jugak ngan peniaga2 tu...diorang pun cari rezeki...kalau tak minat, tolak cara baik...jaga nama baik Malaysia jugak kan?

Hampir 3 malam kat HCM kitaorang tak miss satu malam pun ke sana. Memang barang di pasar malam jauh lebih murah...Tapi, korang kenalah tengok betul2 barangnya...pendek kata kena belek habis-habisan...Kalau nak cuba baju...maaf tiada fitting room. Contohnya: Baju kurung English Cotton bermanik di Pasar Malam boleh dapat harga RM40. Jimat RM5.

Telekung lycra berenda pun leh dapat dalam harga RM30...cuma pilihan warna agak terhad ya...Di pasar malam ada satu gerai jual jeans berjenama (1st grade imitate). Harga dalam RM80 sehelai. Kalau beli lebih leh dapat lagi diskaun...owner dia Lina...carilah gerai ni ada banner gambar Lina & Mazidul. Lina ni baik orangnya...sangat peramah...aku first time jumpa dia pun dah berkenan...tapi memang jeansnya terbaik...



Kedai-kedai pakaian Melayu Champa pun dibuka sehingga 11:00 malam...so, kalau korang beli baju kurung atau Jubah untuk pakai sendiri...boleh cuba di hotel...kalau tak ok esoknya boleh tukar dengan saiz yang ok...tapi make sure tanya dulu tau...

Kedai-kedai pakaian Melayu Champa banyak di deretan Saigon Pink2 Hotel...Masuk jer kedai2 tu...kalau rasa mahal x yah beli...kalau plan beli banyak boleh minta diorang hantar ke bilik hotel...cajnya percuma jer...sila minta name card atau alamat hotel yang korang tinggal bagi memudahkan proses ni...


Penat plak menulis ni...so aku bagi korang layan jer foto2 yang di ambil sepanjang kitaorang berada di HCM...


HRC - HCM (jauh jugak dari Ben Thanh kena naik teksi yer)


Aku & Mary

Di hadapan salah satu pintu Pasar Ben Thanh, pintu setentang dengan lorong yang ada hotel Saigon Pink2
Nak masuk kena hati2, ada pintu yang ada jual baa alif baa ya...sila elakkan...

Depan lobby Pink Tulip Hotel - kami yang muslim x amik breakfast
Mary yang kenyang...hehehehe

Teknik melintas jalan ala2 kawad pandang kanan,,,,
Taman yang belakang tu mmg happening x kira pagi, petang atau malam

Belakang tu bangunan yang sama bentuk ngan menara Rebung di KL cuma menara rebung lebih tinggi katanya...

Dalam pasar Ben Thanh

Di Restoran Serai - salah satu Halal restoran yang ada roti canai yang sedap
paling murah kat sini

Pastikan melintas atas zebra crossing yer...

Entrance Pink Tulip Hotel




Ahad, 1 Jun 2014

Trip to Ho Chi Minh - Shopping Time (Part 1)

 26 Mei 2014 


Masih lagi hari pertama...Pasal transport sudah, hotel pun sudah...now apalagi aktiviti yang memang ditunggu2 dan dinanti2kan untuk direalisasikan...time ni Mary & suamiku belum muncul dalam ini cerita...So, Mary ko bacalah aktiviti2 shopping2 manja kitaorang ni yer...


Sebelum ambil mood shopping kenalah menyegarkan diri...cuaca di Ho Chi Minh lebih kurang Malaysia tetapi ada sedikit panas...bila kat sini, air mineral adalah keperluan wajib yer...diulang WAJIB...oh ya sebelum tu nak bagi tau...tandas awam di sini kebanyakkannya tidak disediakan paip air di dalam bilik toottt...so, korang readylah botol kosong utk isi air disinki dan lakukan aktiviti membersihkan tu ya...klu boleh elakkan buang air besar...nnt parah plak...u know what i meant...

Tetapi jangan risau...klu masih berhajat jugak...silalah ke restoren atau kedai makan yang ada menyediakan tandas...kebanyakkan kedai makan Islam, tandasnya ada paip air...

ok...terus ke bahagian shopping... selesai saja membersihkan diri dan menunaikan solat..lebih kurang kul 6:00 pm (waktu Vietnam)...kitaorg berjalan dari hotel ke Ben Thanh...time ni Pasar Ben Thanh dah tutup yer...dia beroperasi dari 8:00 pagi - 6:00 petang. So, kitaorg pun mengisi perut dulu...nak pakai tenaga jugak ni walaupun aktiviti yang dicadangkan adalah untuk survey harga jer...

Disebabkan masih baru, so...kitaorang singgah jer kat Restoran Halal yang pertama kitaorang jumpa iaitu Restoran Sri Pinang...makan kat sini sedap jugak...tapi harga Mee Pho nyer RM13 semangkuk...nasi goreng dalam RM17 sepinggan...harga makan taraf2 Secret Recipe ler...tak kisah ler...lapar punya pasal dan nak dapat pengalaman kat sini...bolehlah...tapi kopi ais dan air buah kat sini mmg marvelous....


Masih boleh tersenyum dengan harga makanan...

Selesai makan dan bayar...wajib bayar ye...kitaorg pun jalan2 mencari pasar malam tetapi sebelum jumpa pasar malam...kitaorang jumpa kedai kain, telekung, baju kurung Hajah Maridam...tapi sebutan Hajah Mariam...kedai ni tersorok sikit yer...sampai saja, kami terus dijamu dengan sebotol air mineral sorang satu dan keropok kering...dahsyat PR Hajah ni...


Abaikan makcik tu yer...xoxo












Tengok jubah-jubah...cantikkan...RM55 jer...tapi kalau korang kirim kat kawan, diorang charge RM75 tu belilah sebab masih murah dari yang dijual di Malaysia...lagipun nak bawa barang tu mmg mengambil tenaga...yelah tenaga memilih, tenaga menawar, tenaga mengendong...tu belum kira kena bayar lebih luggage dan cukai kastam...jadinya bertimbangrasalah ya...aku amat memahami...
Sebagai guideline...bolehlah nak share harga barang-barang tu :
1. Kain pasang English cotton - 3.5m bidang 60 - RM24
2. Kain pasang Sutera Vietnam - 3.5m bidang 60 - RM50
3. Kain pasang Sutera Vietnam - 4m bidang 45 - RM40
4. Baju Kurung Pahang English Cotton tanpa sulam manik - RM28
5. Baju Kurung Pahang English Cotton sulam manik - RM45
6. Baju Kurung Pahang Sutera Vietnam - RM75
7. Baju Kurung Pahang Cotton Silk - RM65
8. Jubah Bersulam Manik - RM55 - RM75 (bergantung pada jenis kain)
9. Half Moon Shawl bermanik kristal - RM24
10. Jubah lycra kanak-kanak - RM24
11. Telekung lycra berenda - RM35 sepasang
12. Telekung sulam - RM35 sepasang

Aku recommend pergi Hajah Mariam sebabnya mmg selesa nak pilih...pastu byk design2 baru...khidmat penghantaran ke hotel pun ada...

Kalau cerita pasal shopping ni mmg x cukup dengan satu entry...now dah kul 12:00 tengah malam...mata dah mengantuk...aku stop dulu kat sini...

Bicara shopping di HCM bersambung esok...bye semua...


  









Sabtu, 31 Mei 2014

Trip di Ho Chi Minh 2014 - (1st Day - Citer Transport jer)

Ho Chi Minh kami datang!!!

26 Mei 2014 (Day 1)

Kami berlima (Aku, Ieda, Elyas, Nisa, Ija) tiba di KLIA2 tepat jam 8:25 pagi waktu Malaysia. Awal giler kitaorang sampai, yelah first time depart from KLIA2. Now no more LCCT. Tapi mmg KLIA2 canggih...serba-serbi canggih termasuklah harga makanan pun canggih...kita org breakfast di McD jer...murah sket kot...breakfast utk 5 org RM33. Bahang kos makanan halal di Ho Chi Minh sudah terasa...kira amik mood ler nih...hehehhe...

Lepak, makan and photo2...tengok2 dah boarding time....apa lagi jom everybody!!! mmg senang imigresen passport check pun auto. Dua kali security check, jalan jauh jugak nak ke gate L4...tapi selesa...Alhamdulillah...semua proses berjalan lancar...berlepas tepat time 11:15 pagi waktu Malaysia.




Aku guna waktu Malaysia jer senangkan? Tempoh penerbangan 2 jam...sampai jam 1:15 tengahari (Vietnam 12:15 tengahari, lewat 1 jam dari Malaysia). Keluar jer entrance airport mmg rasa cam artis berjalan di red carpet cuma red carpet x der...hehehhe

Bagi menjimatkan kos, kitaorang naik bas No. 152. Memang dah ada bas menunggu...bayar 5,000 dong jer...lebih kurang 80 sen seorang tapi kalau bawa bag besar dia caj 80 sen utk setiap bag besar. Kalau naik teksi dalam 160,000 dong lebih kurang RM25 teksi Vinasun boleh naik 7 orang.  So, sorang bayar RM3.60. ok jugak kan? Tepuk dada tanya selera. Naik bas pun senang sangat especially kalau hotel korang kat area Ben Thanh. Turun di stesen terakhir. Bayar tambang masa naik yer...macam naik bas Intrakota. Sila bayar genap2 yer. diorang mmg takkan bagi change kalau x der duit tukar. Kat Malaysia money changer selalunya x der duit kecil. So, pergilah beli air mineral kat airport utk tukar duit. Air mineral mmg keperluan asas sepanjang berada di Vietnam. Sentiasa dahaga jer sebab panas. Tak terik tapi panas...hanya naik bas bila bas nak gerak sebab aircond hanya dibuka bila bas nak gerak...



Kalau nak senang naik teksi tapi kena jaga2 dari ditipu. Jangan layan ulat2 teksi. Pergi ke kaunter teksi. dalam airport. Banyak kaunter teksi...yang mana boleh bagi harga dalam range 160,000 - 250,000 dah kira ok atau dalam USD8 - USD10. Lebih dari itu mmg harganya mengarut. Yang penting pastikan Teksi Vinasun dan bermeter. Yang lain tawakkaltu Alallah...

Ok, sambung balik pasal trip naik bas...bila sampai jer last station...aktiviti menyeberang jalan dia mmg best...ooopppsss ok sebelum tu...tanda nak tahu dah nak sampai last station, korang akan nampak Tugu orng naik kuda kat roundabout besar...then stesen basnyer kecik jer dkt dengan stesen petrol colour cam petron.

Jalanraya di Ho Chi Minh mmg sibuk especially time waktu balik kerja cam kat Malaysia jugalah...bezanya lebih banyak motor dari keta. Tapi jangan risau...walaupun sistem jalanraya x berapa teratur tapi diorang yang bawa motor tak merempit cam kat Malaysia. In shaa Allah selamat melintas...just melintas cam biasa, kita x perlu mengelak...motor tu akan elak dari kena kita...cuma jangan semberono melintas jer...

Kalau x yakin leh minta tolong polis yang pakai baju uniform hijau...diorang mmg amat membantu...

Seterusnya kami decide ambil taxi ke hotel sebabnya x brp tahu kedudukan hotelnya. Aku call hotel dan bercakap dengan Mr. Ann dan tanya berapa tambang taxi utk ke hotel dari Ben Thanh...100,000 dong taxi Vinasun. Bolehlah...lebih kurang Rm16. Tak sampai 5 minit dah sampai hotel...klau tau jalan kaki jer...

Jarak dari hotel ke Ben Thanh sedikit jauh iaitu lebih kurang 5 - 10 minit berjalan. Naik teksi sekejap jerlah 5 minit jer. Actually klau ikut meter cuma dalam 20,000 - 50,000 dong.
Aku menginap di Pink Tulip Hotel. Kecil je cam rumah tumpangan tapi hiasan dalamnya cam 3 star hotel. Harga semalam dalam USD20 ikut nilai semasa RM65 jer. Murahkan? Bagi aku murahlah...hehehe


Aku cukup suka bau bath cream, sabun dan shampoo hotel ni...wangi sangat...Hotel ni sediakan berus gigi pakai buang dan ubat gigi rasa pudina...mmg best..Bantalnya mmg empuk and best.Tuala hotel ni pun best...diorang provide face towel dan bath towel...kat sini x de sejadah...silalah bawa kain sendiri untuk sejadah yer...aku download qiblat application sebab x der tunjuk arah qiblat....maklumlah hotel orang kafir...

Ok selesai kisah hari pertama...next entry aku share pasal shopping yer...
Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke Ho Chi Minh...dan akan ku jejakkan kakiku lagi tahun hadapan In shaa Allah...





Jumaat, 9 Mei 2014

Trip ke Ho Chi Minh 2014 (26 May - 29 May) - Intro (countdown 17 days to go)

Punyalah lama tak update blog...tetiba dah bulan Mei 2014. Mak aihhh...cepatnya masa berlalu...yang citer Bandung tak upload gambar lagi ni dah nak ke Ho Chi Minh pulak...apa pun tak bley...

Ada perubahan peserta backpackers akak kali ni...macam bertambah plak. Ning dia peserta confirmed (In shaa Allah) :

1. Aku & Suami (Razak)
2. Nisa & Liza
3.  Ieda & Suami (Elyas)

Tips bajet perbelanjaan ke Ho Chi Minh :

a. Flight Ticket (return AA) - RM313.00
b. Luggage (25kgs- balik) - RM50.00
c. Hotel (Pink Tulip Hotel) - RM70.00 (semalam) x 3 malam = RM210.00 per room (2 org sebilik)
d. Tambang bas (Airport HCM - Hotel) - RM0.75
e. Airport Transfer (Pink Tulip Hotel - Airport) - RM20 seorang
f. Makan & Minum  - RM100 (4 hari)
g. Others - RM100 (Top up, Sim Card, etc.)

Total seorang = RM690 (lebih kurang) - murahkan? Bolehlah...

Shopping bajet - ikut kemampuan korang ye....akak bajet RM1,000 jer. Tu pun harap2 boleh beli dan jual balik leh cover kos kat atas...boleh ker? hahahaha

Planning nak beli untuk diri sendiri :

1.  Alas Meja
2. Souvenir
3. T. Shirt
4. Jeans
5. Kopi Vietnam

Boleh percaya ker? Macam tak percaya kan? Percayalah...(kita tengok jer nanti...ngeh ngeh ngeh)

Untuk Jualan :

1. Kain cotton
2. Baju kurung siap
3. Alas Meja

Walaupun ni first time nak jejak kaki ke Vietnam secara sendirian berhad tanpa mengikuti mana2 travel agency, akak berjaya memberanikan diri hasil sokongan kawan2 yang sama2 nak merasai pengalaman ini. Thanks semua. Akak berdoa semoga Allah swt selamatkan kami di sepanjang pengembaraan ini...Aamiin.

Akak ambil info dari sumber-sumber berikut :

1. Oshen (kenalan sepupu yang tinggal di HCM)
2. Blog travel ke HCM
3. Astro - program Destinasi Ria
4. Travelog - Youtube
5. Kawan-kawan dan sepupu sepapat yang pernah pergi ke sana.

 Ok. Got to stop now...x seronok citer sebab belum pergi lagi...dah sampai sana nnt akak story mory lagi...Cau Cin Cau...













Ahad, 9 Februari 2014

Trip ke Bandung - Episod 1 (Kali ke-3)

Hai kawan-kawan...Tak sabar betul nak citer pasal trip kali ke-3 ke Bandung. Memang trip yang kali ni aku betul2 puas....tapi masih perlu dipuaskan lagi sebabnya akan menyusul trip yang ke-4 dan seterusnya...

Heaven sungguh dapat shopping kali ni...thanks untuk semua info2 yang aku perolehi dari blog2 percutian ke Bandung...thanks alot.

Aku share itinerary dulu yer...

Rabu 5.2.2014
08.00pm – Berlepas dari LCCT
09:05pm – Sampai di Bandung
Straight to Kenangan Hotel. 
Aktiviti : Tido ler....esok kena bangun pagi...nak shopping...nak shopping...
Khamis 6.2.2014
07.00am – Sarapan
08.30am – Shopping di Pasar Baru sampai lebam
01.00pm – Makan Tengahari di Tingkat 6 Pasar Baru
02.00pm - Balik Hotel - Solat & Rehat
03.30pm – Bergerak ke Airport utk ambil Mary & Suamiku
04.00pm – Menuju ke Jalan Cihampelas
07.00pm – Makan Malam pastu balik Hotel
Jumaat 7.2.2014
07.00am – Sarapan
08.30am – Shopping di Pasar Baru lagi
01.00pm – Makan Tengahari di Parit 9
              - Solat 
02.30pm – Bergerak ke Grutty, Jalan Cibaduyut
05.00pm – Menuju ke Batagor Riri (tapaw jer)
06.00pm – Makan Bakso di Bakso Semar
06.30pm - Kartikasari
07.30pm - Balik Hotel (kena tidur awal esok pagi kena bertolak ke Jakarta)
Sabtu 8.2.2014
06.00am – Check out Hotel Kenangan dan bergerak ke Jakarta
07.30am – Berhenti di RnR untuk sarapan
10.00am – Sampai di Terminal 2, Airport Jakarta
11.00am – Check in luggagge dan dapatkan boarding pass
12.00pm – Daftar Imigration
01.30pm – Naik Kapalterbang
04.00pm - Sampai KLIA pastu ambil luggage
                    Apa lagi...balik ler...

Perasan tak? Shopping akak banyak di habiskan di Pasar Baru...sebenarnya banyak benda boleh didapati di Pasar Baru...boleh dikatakan semua yang nak di cari ada kat sana...Ni akak senaraikan barang2 yang boleh di shopping di Pasar Baru.

1) Telekung (of course), sejadah
2) Kain sulam, kain sulam ribbon, sulam manik, kain batik lukis, kain lace, kain cotton, kain viscose, dan macam2 kain ler...
3) Jaket kulit, jaket jeans, jaket kain, jaket untuk naik gunung pun ada
4) Seluar Jeans
5) Kasut kulit ori, x ori, sandal
6) Handbag, Travel bag, Shopping bag
7) Tudung, shawl, blouse, jubah, dress, swimming suit
8) Kudapan, Kerepek, Bagelen, Kacang Bandung, Dodol
9) T.Shirt, Kain Pelekat, Kain Batik, Baju tidur
10) Cadar, Comforter, Sarung batal
11) Souvenirs items
12) Jamu, alat solek, ubat-ubatan
13) Kedai jual sim card, adaptor, earphone, handphone

Macam2lah...sebab tu shopping satu hari x cukup klu di Pasar Baru...hehehe

In fact, klu pandai tawar...harga mmg lebih murah di Pasar Baru. Contohnya : Jaket kain jenis khaki...kawan akak beli di Jalan Cihampelas dengan harga Rp250k tapi di Pasar Baru boleh dapat Rp220k...siap design lebih menarik sebab boleh pakai dua2 bahagian...T. Shirt souvenir Bandung di Pasar Baru boleh dapat 6 helai dengan harga Rp100k saiz besar XL (paling besar). Manakala di Jalan Cibaduyut dan Jalan Cihampelas boleh dapat kuantiti dan harga yang sama tapi saiz x tentu dapat yang besar. Malah design di Pasar Baru lebih menarik.

Itu pendapat akaklah...ini hasil perbandingan sepanjang 3 trip yang dilalui...bukan nak promote Pasar Baru...tapi itulah kenyataannya...

Itu pun masih x habis teroka. Lagi satu...untuk trip kali group kitaorg shopping juga di kedai2 kaki lima di luar Pasar Baru...harga mmg lagi murah...kitaorang shopping baju budak2, sandal, T.shirt blink2 dan blouse kat situ. Purse pun murah.  Kualiti kain T. Shirt pun bagus.

Kali ni x boleh nak share gambar2 lagi...ni baru Intro...sekarang dah jam 10:30pm...mata dah mengantuk...sebabnya klu kat Bandung time mcm ni akak dah tido sebabnya suasananya sejuk dan syok tido...oklah nanti sambung...ada banyak nak share cerita dan info...sabar yer...byes....