Sabtu, 31 Mei 2014

Trip di Ho Chi Minh 2014 - (1st Day - Citer Transport jer)

Ho Chi Minh kami datang!!!

26 Mei 2014 (Day 1)

Kami berlima (Aku, Ieda, Elyas, Nisa, Ija) tiba di KLIA2 tepat jam 8:25 pagi waktu Malaysia. Awal giler kitaorang sampai, yelah first time depart from KLIA2. Now no more LCCT. Tapi mmg KLIA2 canggih...serba-serbi canggih termasuklah harga makanan pun canggih...kita org breakfast di McD jer...murah sket kot...breakfast utk 5 org RM33. Bahang kos makanan halal di Ho Chi Minh sudah terasa...kira amik mood ler nih...hehehhe...

Lepak, makan and photo2...tengok2 dah boarding time....apa lagi jom everybody!!! mmg senang imigresen passport check pun auto. Dua kali security check, jalan jauh jugak nak ke gate L4...tapi selesa...Alhamdulillah...semua proses berjalan lancar...berlepas tepat time 11:15 pagi waktu Malaysia.




Aku guna waktu Malaysia jer senangkan? Tempoh penerbangan 2 jam...sampai jam 1:15 tengahari (Vietnam 12:15 tengahari, lewat 1 jam dari Malaysia). Keluar jer entrance airport mmg rasa cam artis berjalan di red carpet cuma red carpet x der...hehehhe

Bagi menjimatkan kos, kitaorang naik bas No. 152. Memang dah ada bas menunggu...bayar 5,000 dong jer...lebih kurang 80 sen seorang tapi kalau bawa bag besar dia caj 80 sen utk setiap bag besar. Kalau naik teksi dalam 160,000 dong lebih kurang RM25 teksi Vinasun boleh naik 7 orang.  So, sorang bayar RM3.60. ok jugak kan? Tepuk dada tanya selera. Naik bas pun senang sangat especially kalau hotel korang kat area Ben Thanh. Turun di stesen terakhir. Bayar tambang masa naik yer...macam naik bas Intrakota. Sila bayar genap2 yer. diorang mmg takkan bagi change kalau x der duit tukar. Kat Malaysia money changer selalunya x der duit kecil. So, pergilah beli air mineral kat airport utk tukar duit. Air mineral mmg keperluan asas sepanjang berada di Vietnam. Sentiasa dahaga jer sebab panas. Tak terik tapi panas...hanya naik bas bila bas nak gerak sebab aircond hanya dibuka bila bas nak gerak...



Kalau nak senang naik teksi tapi kena jaga2 dari ditipu. Jangan layan ulat2 teksi. Pergi ke kaunter teksi. dalam airport. Banyak kaunter teksi...yang mana boleh bagi harga dalam range 160,000 - 250,000 dah kira ok atau dalam USD8 - USD10. Lebih dari itu mmg harganya mengarut. Yang penting pastikan Teksi Vinasun dan bermeter. Yang lain tawakkaltu Alallah...

Ok, sambung balik pasal trip naik bas...bila sampai jer last station...aktiviti menyeberang jalan dia mmg best...ooopppsss ok sebelum tu...tanda nak tahu dah nak sampai last station, korang akan nampak Tugu orng naik kuda kat roundabout besar...then stesen basnyer kecik jer dkt dengan stesen petrol colour cam petron.

Jalanraya di Ho Chi Minh mmg sibuk especially time waktu balik kerja cam kat Malaysia jugalah...bezanya lebih banyak motor dari keta. Tapi jangan risau...walaupun sistem jalanraya x berapa teratur tapi diorang yang bawa motor tak merempit cam kat Malaysia. In shaa Allah selamat melintas...just melintas cam biasa, kita x perlu mengelak...motor tu akan elak dari kena kita...cuma jangan semberono melintas jer...

Kalau x yakin leh minta tolong polis yang pakai baju uniform hijau...diorang mmg amat membantu...

Seterusnya kami decide ambil taxi ke hotel sebabnya x brp tahu kedudukan hotelnya. Aku call hotel dan bercakap dengan Mr. Ann dan tanya berapa tambang taxi utk ke hotel dari Ben Thanh...100,000 dong taxi Vinasun. Bolehlah...lebih kurang Rm16. Tak sampai 5 minit dah sampai hotel...klau tau jalan kaki jer...

Jarak dari hotel ke Ben Thanh sedikit jauh iaitu lebih kurang 5 - 10 minit berjalan. Naik teksi sekejap jerlah 5 minit jer. Actually klau ikut meter cuma dalam 20,000 - 50,000 dong.
Aku menginap di Pink Tulip Hotel. Kecil je cam rumah tumpangan tapi hiasan dalamnya cam 3 star hotel. Harga semalam dalam USD20 ikut nilai semasa RM65 jer. Murahkan? Bagi aku murahlah...hehehe


Aku cukup suka bau bath cream, sabun dan shampoo hotel ni...wangi sangat...Hotel ni sediakan berus gigi pakai buang dan ubat gigi rasa pudina...mmg best..Bantalnya mmg empuk and best.Tuala hotel ni pun best...diorang provide face towel dan bath towel...kat sini x de sejadah...silalah bawa kain sendiri untuk sejadah yer...aku download qiblat application sebab x der tunjuk arah qiblat....maklumlah hotel orang kafir...

Ok selesai kisah hari pertama...next entry aku share pasal shopping yer...
Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke Ho Chi Minh...dan akan ku jejakkan kakiku lagi tahun hadapan In shaa Allah...





Jumaat, 9 Mei 2014

Trip ke Ho Chi Minh 2014 (26 May - 29 May) - Intro (countdown 17 days to go)

Punyalah lama tak update blog...tetiba dah bulan Mei 2014. Mak aihhh...cepatnya masa berlalu...yang citer Bandung tak upload gambar lagi ni dah nak ke Ho Chi Minh pulak...apa pun tak bley...

Ada perubahan peserta backpackers akak kali ni...macam bertambah plak. Ning dia peserta confirmed (In shaa Allah) :

1. Aku & Suami (Razak)
2. Nisa & Liza
3.  Ieda & Suami (Elyas)

Tips bajet perbelanjaan ke Ho Chi Minh :

a. Flight Ticket (return AA) - RM313.00
b. Luggage (25kgs- balik) - RM50.00
c. Hotel (Pink Tulip Hotel) - RM70.00 (semalam) x 3 malam = RM210.00 per room (2 org sebilik)
d. Tambang bas (Airport HCM - Hotel) - RM0.75
e. Airport Transfer (Pink Tulip Hotel - Airport) - RM20 seorang
f. Makan & Minum  - RM100 (4 hari)
g. Others - RM100 (Top up, Sim Card, etc.)

Total seorang = RM690 (lebih kurang) - murahkan? Bolehlah...

Shopping bajet - ikut kemampuan korang ye....akak bajet RM1,000 jer. Tu pun harap2 boleh beli dan jual balik leh cover kos kat atas...boleh ker? hahahaha

Planning nak beli untuk diri sendiri :

1.  Alas Meja
2. Souvenir
3. T. Shirt
4. Jeans
5. Kopi Vietnam

Boleh percaya ker? Macam tak percaya kan? Percayalah...(kita tengok jer nanti...ngeh ngeh ngeh)

Untuk Jualan :

1. Kain cotton
2. Baju kurung siap
3. Alas Meja

Walaupun ni first time nak jejak kaki ke Vietnam secara sendirian berhad tanpa mengikuti mana2 travel agency, akak berjaya memberanikan diri hasil sokongan kawan2 yang sama2 nak merasai pengalaman ini. Thanks semua. Akak berdoa semoga Allah swt selamatkan kami di sepanjang pengembaraan ini...Aamiin.

Akak ambil info dari sumber-sumber berikut :

1. Oshen (kenalan sepupu yang tinggal di HCM)
2. Blog travel ke HCM
3. Astro - program Destinasi Ria
4. Travelog - Youtube
5. Kawan-kawan dan sepupu sepapat yang pernah pergi ke sana.

 Ok. Got to stop now...x seronok citer sebab belum pergi lagi...dah sampai sana nnt akak story mory lagi...Cau Cin Cau...