Ahad, 27 September 2009

Selamat Hari Raya 1430H

Assalammualaikum semua,

Hari ni genap seminggu kita berhari raya, Akak dah mula keje ari nih...Tahun ni adalah raya yang paling menyeronokkan...tau sebab apa? hampir 95% family akak berkumpul di Tapah...sampai x cukup tempat tidor le...ada yang terpaksa menginap di Rest House, Tapah...kalau arwahnye masih ada, mesti melebar je senyuman dia....

Maklumlah kami sekeluarga mmg sepakat nak ada kenduri arwah Ayahanda tercinta pada hari raya ke-3 yang lalu...sedar tak sedar dah 100 hari arwah tinggalkan kami...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Photo-photo semasa majlis tersebut bolehlah layari facebook...anak sedara yang tolong uploadkan...

Dalam keseronokkan tersebut...pada pagi Jumaat 6 Syawal, Akak terima mesej dari Kak E tentang pemergian sahabat baik semasa di Adabi...meninggal disebabkan kemalangan jalanraya...disebabkan mengelak kereta yang bertembung dari arah hadapan....Alfatihah untuk Allahyarhamah Normaliza Jamaludin...kali terakhir jumpa pada 2 tahun yang lepas...seorang yang peramah, baik hati, shooter terhebat Adabi...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Semoga Allah berikan kekuatan jiwa kepada suami dan ahli keluarga di atas musibah ini...Amin...