Ahad, 15 Disember 2013

Family Day Keluarga Pak Sudin

Lagi 6 hari....Family Day keluargaku

Aku sebagai ketua misi bagi perlaksanaan FDKS....event ni hanya boleh dijalankan after 2-5 tahun sekali....


Kali pertama event aku dah tak hengat...tapi yang pastinya selalu di organise oleh kakakku Hjh Norizan...dia mmg pakar dalam acara family day ni...Dari pemilihan tempat, makanan, acara dan hadiah....semua dia uruskan...Now aku terpaksa ambil alih disebabkan pada tarikh yang dipersetujui dia sekeluarga dah terikat dengan acara rombongan Cik Kiah sebelah keluarga abang iparku...


Kali ini lokasi yang dipersetujui adalah Teluk Kemang, Port Dickson. Syukur Alhamdulillah dengan bantuan sahabatku Mimi dan Suhaile berjaya mendapatkan 6 unit kondo 2 bilik di Kemang Indah Condominium, Batu 8, Teluk Kemang. Nice place hanya RM200 per night. 

Cantikkan kondo ni...


Swimming pool tu menarik sangat...

Cantik kondo ni...lokasi pun strategik....berdekatan ngan pantai yang lebih privasi berbanding dengan Batu 7, Teluk Kemang.



Time ni x ramai...



Nak organize event pun senang, boleh pilih pantai atau padang kecil dekat kondo atau swimming pool...






Nilah padang kecil yang aku maksudkan...kecilkan? 


Kondo ni berdekatan dengan pasar Teluk Kemang...mudah nakbeli bahan masakan atau boleh jer makan kat situ...ada banyak kedai makan so tak yah risau yer...


Ok berbalik pada cerita family day ni yer...berikut adalah checklist yang aku terpikir nak buat:-


1. Senarai penyertaan - siap

2. Penginapan - siap
3. Senarai acara - siap
4. Hadiah sukaneka - masih dalam proses
5. Penyediaan makanan - masih dalam proses
6. Kutipan bayaran penyertaan - masih dalam proses
7. Peralatan sukaneka - masih dalam proses





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awak Tanya Saya Jawab...cewahhhh!!!